PERBEZAAN DI ANTARA SEORANG MUSLIM DENGAN SEORANG KAFIR
Manhaj Hidup Muslim
Sayyid Qutub
KENAPA SEORANG MUSLIM BERBEDA DARI SEORANG KAFIR?
Saudara-saudara sesama Muslim.
Setiap Muslim percaya bahawa seorang Muslim lebih tinggi darjatnya daripada seorang kafir. Allah senang terhadap seorang Muslim dan benci kepada orang kafir. Seorang Muslim akan memperolehi keselamatan dari Allah, sedangkan seorang kafir tidak. Seorang Muslim akan masuk ke syurga, dan seorang kafir akan masuk ke neraka.
Marilah kita fikir-kan benar-benar, mengapa ada perbezaan yang begitu besar antara seorang Muslim dan seorang kafir. Padahal seorang kafir adalah juga keturunan Adam, seperti kita semua. la juga seorang manusia, seperti kita semua. la juga punya tangan, kaki, mata dan telinga, seperti kita semua.
Dan sebagaimana kita semua, ia pun bernafas dengan udara yang sama, minum air yang sama, dan hidup di bumi yang sama. Allah yang menciptakan kita, adalah Pencipta-nya juga. Maka, kenapakah darjatnya rendah dan darjat kita tinggi?
Mengapa kita semua nanti akan masuk syurga dan dia masuk neraka?
APAKAH PERBEDAANNYA HANYA SOAL NAMA SAJA?
Ini adalah suatu masalah yang harus kita fikirkan secara mendalam. Perbezaan yang begitu besar antara seorang Muslim dengan seorang kafir, tidak mungkin kerana seorang itu bernama 'Abdullah dan 'Abdurrahman, sedang yang lain bernama Joni dan Robertson; atau kerana yang seorang dikhitan dan yang lain tidak; atau kerana yang seorang tidak memakan daging babi dan yang lain memakan nya.
Allah Yang Maha Kuasa, yang telah menciptakan alam seluruh manusia dan memberi nya rezeki, tidak mungkin bertindak demikian kejam, mendiskriminasikan antara makhluk-Nya, hanya kerana soal-soal kecil seperti itu dan memasukkan hamba-Nya yang satu ke syurga sedang yang lain ke neraka.
PERBEDAAN ISLAM DAN KUFR YANG SEBENARNYA
Memang benar perbezaan yang besar dalam kedudukan seorang Muslim dengan seorang kafir bukanlah kerana soal nama, khitan dan daging babi. Kalau begitu, apakah perbezaan yang sebenarnya antara keduanya?
Jawabnya hanyalah satu, yakni kerana Islam dan kufur.
Islam bererti kepatuhan kepada Allah sedangkan kufur bererti keengkaran kepada Allah. Orang Muslim dan orang kafir kedua-duanya adalah manusia, kedua-duanya adalah hamba Allah.
Tetapi yang satu berkedudukan mulia kerana ia mengakui Allah, dan mematuhi perintah-perintah-Nya. Yang satu takut akan hukuman yang akan diberikan-Nya bila ia tidak mematuhi perintah-perintah-Nya. Sedangkan yang satu lagi terperosok dari kedudukan yang itu kerana ia tidak mengakui Allah dan tidak mahu melaksanakan perintah-Nya.
Inilah sebabnya mengapa Allah senang kepada orang-orang Muslim dan benci kepada orang-orang kafir. Allah menjanjikan kurniaan syurga bagi orang-orang Muslim, dan memperingatkan orang-orang kafir bahawa mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.
SEBAB PERBEDAAN: PENGETAHUAN DAN PERBUATAN
Dari huraian di atas jelaslah bahawa ada dua hal yang membezakan seorang Muslim dengan seorang kafir.
Yang pertama adalah pengetahuan dan yang kedua perbuatan.
Pengetahuan bererti bahawa seorang Muslim harus tahu siapa Tuhannya, apa perintah-perintah-Nya, bagaimana cara-cara untuk menuruti kehendak-Nya, perbuatan-perbuatan mana yang disukai-Nya dan mana yang tidak disukai-Nya.
Bila ia sudah tahu akan hal-hal tersebut, maka langkah yang kedua ialah bahawa ia harus menjadikan dirinya sebagai hamba dari Tuhannya, melaksanakan kehendak-kehendak-Nya, dan mengabaikan kemauan-kemauannya sendiri.
Bila hatinya ingin melakukan sesuatu perbuatan, tapi perbuatan itu bertentangan dengan perintah Tuhannya, maka ia mesti meninggalkan keinginan nya sendiri dan melaksanakan perintah Tuhannya. Apabila suatu perbuatan kelihatan mulia di matanya, tapi Tuhannya mengatakan bahawa perbuatan itu hina, maka ia harus memandangnya hina pula.
Sebaliknya, bila suatu perbuatan nampak hina di matanya, tapi Tuhannya mengatakan mulia, maka ia mesti memandangnya mulia pula.
Apabila ia melihat bahawa suatu pekerjaan mengandungi bahaya, tapi Tuhan-nya mengatakan bahawa pekerjaan itu harus dilakukan, maka bagaimanapun juga ia mesti mengerjakannya, walaupun ia mungkin akan kehilangan harta-benda atau bahkan nyawa nya.
Sebaliknya, bila ia memandang bahawa suatu pekerjaan akan mendatangkan keuntungan baginya, tetapi Tuhannya melarang nya untuk mengerjakan pekerjaan tersebut, maka ia wajib meninggalkannya, walaupun pekerjaan tersebut boleh mendatangkan keuntungan sebanyak harta benda yang ada di seluruh dunia ini.
Inilah pengetahuan dan perbuatan yang menjadikan seorang Muslim sebagai hamba Allah yang sejati, yang mendapat limpahan rahmat-Nya serta kedudukan yang luhur dan mulia.
Sebaliknya, kerana seorang kafir tidak memiliki pengetahuan ini, ia dimasukkan ke dalam golongan hamba Allah yang membangkang dan tidak mendapat limpahan rahmat-Nya.
Sekarang seandainya ada seseorang yang menyatakan diri-nya seorang Muslim, tapi ia sama bodoh nya tentang Islam dengan seorang kafir, dan sama pula pembangkangan nya kepada Allah, apakah kita mengatakan dengan menggunakan pertimbangan yang adil, bahawa kedudukannya lebih tinggi daripada seorang kafir, semata-mata kerana ia memiliki nama yang berbeza, memakai pakaian yang berbeza dan memakan makanan yang berbeza dengan orang kafir tersebut?
Dan apa pula alasannya untuk mengatakan bahawa ia berhak memperolehi rahmat Allah di dunia dan di akhirat?
Islam bukanlah sesuatu yang bersifat kesukuan, kekeluargaan atau persaudaraan yang langsung diwariskan oleh orang tua kepada anak dan dari anak kepada cucu. Kedudukan sebagai seorang Muslim tidaklah diperolehinya kerana keturunan sebagaimana hal nya kasta, di mana anak seorang Brahman akan tetap memperolehi kedudukan yang tinggi, betapa pun bodoh dan jahat perangainya, kerana ia memang lahir dalam keluarga Brahman yang berkedudukan tinggi.
Sementara itu, anak dari orang tua berkasta rendah akan tetap berkedudukan rendah, kerana memang ia lahir di tengah-tengah keluarga yang berkasta rendah. Dalam hal ini Allah telah menyatakan dalam Kitab-Nya:
"... Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara mu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu ..."
(Surah Al-Hujurat: Ayat 13)
Ertinya, semakin banyak orang mengetahui tentang Allah dan semakin mentaati perintah-Nya, maka akan semakin tinggi pulalah kedudukannya di mata Allah.
Nabi Ibrahim 'alaihissalam dilahirkan di tengah-tengah keluarga seorang penyembah berhala, tetapi beliau mengenal Allah dan mentaati perintah-Nya. Itulah sebabnya Allah mengangkat nya sebagai imam seluruh dunia.
Anak Nabi Nuh di-lahirkan dalam keluarga seorang Nabi, tetapi ia tidak mengerti tentang Allah dan tidak mentaati perintah-Nya. Itulah sebabnya mengapa Allah menghukumnya sedemikian rupa tanpa memperdulikan keluarganya, hingga kisah nya menjadi contoh bagi seluruh dunia.
Kerana itu marilah kita fahami benar-benar bahawa apa pun perbezaan yang ada antara seorang manusia dengan manusia yang lain, dalam pandangan Allah hal itu berhubungan erat dengan pengetahuan dan perbuatan. Baik di dunia ini mahupun di akhirat nanti, rahmat Allah dilimpahkan kepada mereka yang mengerti akan Allah, tahu jalan yang benar yang ditunjukkan-Nya, dan melaksanakan perintah-perintah-Nya.
Mereka yang tidak memenuhi persyaratan-persyaratan ini sama saja kedudukannya dengan mereka yang kafir, dan tidak berhak memperolehi rahmat-Nya, sama ada mereka bernama 'Abdullah, 'Abdurrahman, Joni atau Kartar Singh.
MENGAPA ORANG-ORANG MUSLIM TERHINA SEKARANG INI?
Saudara-Saudara!
Kita semua menamakan diri kita orang-orang Muslim, dan kita yakin Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada orang-orang Muslim. Tetapi marilah kita buka mata kita dan kita lihat apakah rahmat Allah dilimpahkan kepada kita atau tidak.
Apa pun yang terjadi di akhirat, itu adalah urusan nanti, tetapi yang penting marilah kita lihat kedudukan kita di dunia ini. Kita kaum Muslimin di Hindustan ini berjumlah 90 juta orang (sebelum India terbagi menjadi India dan Pakistan).
Jumlah kita demikian besar sehingga bila masing-masing kita melemparkan sebuah batu, maka tumpukan batu itu akan menjadi sebuah gunung. Tetapi di negeri yang begitu banyak orang-orang Muslim nya ini, pemerintahan berada di tangan orang-orang kafir. Tengkuk kita berada dalam cengkaman tangan mereka, dan mereka memutar kepala kita ke arah mana saja yang mereka sukai. Padahal seharusnya kepala kita tidak kita tundukkan di depan siapa pun juga Allah, tetapi sekarang tertunduk di hadapan manusia-manusia yang sama seperti kita juga.
Kehormatan kita yang mestinya tidak boleh dinodai oleh siapa pun juga, sekarang belumuran tanah. Tangan kita yang selama ini selalu di atas sekarang berada di bawah dan menadah di hadapan orang-orang kafir. Kebodohan, kemiskinan dan hutang telah merendahkan darjat kita di mana-mana.
Apakah ini semua rahmat Allah? Apabila ini semua bukan rahmat melainkan kemurkaan, maka alangkah anehnya bahawa kita sebagai orang-orang Muslim mendapatkan kemurkaan Allah! Kita semua orang-orang Muslim, tetapi kita berkubang dalam lumpur kehinaan, kita semua orang-orang Muslim, tetapi kita hidup sebagai budak-budak! Situasi seperti ini kelihatannya betul-betul tidak mungkin, seperti tidak mungkin nya suatu benda dalam waktu yang sama berwarna hitam dan putih.
Bila seorang Muslim adalah seorang yang dicintai Allah, bagaimana mungkin ia hidup terhina di dunia ini?
Apakah Allah, (na'udzu billah min dzalik), seorang dewa penindas hingga sementara kita menjalankan kewajiban-kewajiban terhadap-Nya dan mentaati perintah-perintah-Nya, Dia membiarkan orang-orang yang menentang-Nya memerintah kita dan menghukum kita kerana kepatuhan kita kepada-Nya?
Apabila kita percaya bahawa Allah bukan-lah penindas dan bila kita percaya bahawa balasan kepatuhan kepada Allah tidak mungkin berupa kehinaan, maka kita semua harus mengakui bahawa ada sesuatu yang salah dalam pengakuan kita sebagai orang-orang Muslim.
Walaupun dalam daftar penduduk, kita tercatat sebagai orang-orang Muslim, tetapi Allah tidak memberikan penilaian berdasarkan keaslian daftar penduduk yang dikeluarkan oleh pemerintah. Allah punya pejabat sendiri. Kita harus mencari dalam daftar-Nya untuk melihat apakah nama kita termasuk dalam kelompok hamba-hamba-Nya yang patuh ataukah dalam kelompok yang tidak patuh?
Allah mengirimkan Kitab-Nya kepada kita, hingga bila kita membacanya kita dapat mengenal-Nya dan tahu cara-cara untuk dapat menjadi hamba-Nya yang patuh. Apakah kita pernah mencuba untuk mengetahui apa yang tertulis dalam Kitab itu?
Allah mengutus Rasul-Nya kepada kita untuk mengajar kita cara menjadi seorang Muslim. Apakah kita pernah mencuba mengetahui apa yang diajarkan oleh utusan-Nya itu?
Allah menunjukkan kepada kita jalan untuk memperolehi kehormatan dan kemuliaan di dunia ini dan di akhirat nanti. Apakah kita sudah menuruti jalan tersebut?
Allah dengan jelas memberitahukan kepada kita perbuatan-perbuatan yang bagaimana yang dapat merendahkan kedudukan manusia di dunia ini dan di akhirat nanti. Apakah perbuatan-perbuatan tersebut sudah kita hindari?
Jawapan apa yang dapat kita berikan kepada pertanyaan-pertanyaan ini?
Bila kita mengetahui bahawa kita tidak mempunyai pengetahuan dari Kitab Allah dan dari kehidupan Utusan-Nya dan tidak pula mengikuti jalan yang ditunjukkan oleh-Nya, maka bagaimana kita boleh disebut orang-orang Muslim yang patut menerima rahmat-Nya?
Pahala yang kita perolehi adalah sebanding dengan darjat kita sebagai Muslim, dan kita akan memperolehi balasan yang seperti itu pula di akhirat nanti.
Saya telah menyatakan sebelumnya bahawa secara mutlak tidak ada perbezaan antara seorang Muslim dengan seorang kafir, kecuali dalam masalah pengetahuan dan perbuatan.
Apabila pengetahuan dan perbuatan seseorang sama dengan pengetahuan seorang kafir, sedangkan dia menyebut dirinya seorang Muslim, maka ucapan nya itu adalah dusta yang tidak tahu malu.
Seorang kafir tidak suka membaca Al-Qur'an dan tidak tahu apa yang tertulis di dalamnya. Apabila seorang yang mengaku Muslim keadaannya juga demikian, bagaimana ia dapat disebut seorang Muslim?
Seorang kafir tidak mengetahui apa yang diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu’ alaihi Wasallam dan jalan lurus yang telah ditunjukkan nya untuk menuju kepada Allah. Apabila seorang yang mengaku dirinya Muslim sama bodoh nya seperti ini, bagaimana ia boleh disebut seorang Muslim?
Seorang kafir hanya mengikuti kemahuannya sendiri, bukan perintah Allah. Apabila seorang yang mengaku Muslim sama seperti ini, keras-kepala, dan hanya mengikuti fikiran dan pendapat nya sendiri, mengacuhkan Allah, dan menghamba kepada kemahuannya sendiri, maka bila mana ia punya hak untuk menyebut dirinya seorang Muslim (hamba Allah yang patuh)?
Seorang kafir tidak membezakan antara yang halal dan yang haram, dan mengambil apa saja yang menguntungkan dan menyenangkan baginya dengan tidak memperdulikan apakah itu halal atau haram dalam pandangan Allah. Apabila seorang yang menyebut dirinya Muslim tingkah-lakunya sama dengan seorang yang bukan Muslim, apa bezanya dia dengan seorang kafir?
Ringkasnya, apabila pengetahuan seorang Muslim tentang Islam sama bodoh nya dengan pengetahuan seorang kafir tentang Islam, dan ia (Muslim) melakukan perbuatan-perbuatan yang dilakukan seorang kafir, maka bagaimana ia dapat dianggap lebih tinggi kedudukannya daripada seorang kafir?
Atau bukanlah hal ini sama seperti perbuatan seorang kafir? Ini adalah masalah yang harus kita renungkan dengan kepala dingin.
MASALAH YANG HARUS DIPERTIMBANGKAN DENGAN SERIUS
Saudara-Saudara yang tercinta!
Janganlah saudara-saudara mengira bahawa saya mahu mengecap orang-orang Muslim sebagai orang-orang kafir. Tidak, bukan begitu maksud saya. Saya hanya mengajar saudara-saudara untuk berfikir dan merenungkan mengapa kita semua tidak memperolehi rahmat Allah.
Mengapa kita menjadi korban bencana dari segala penjuru? Mengapa mereka yang kita sebut orang-orang kafir, yakni hamba-hamba Allah yang membangkang kepada-Nya, di mana-mana menguasai kita? Dan mengapa kita, yang menyatakan diri sebagai hamba-hamba-Nya yang patuh, diperbudak dan dipermainkan orang di mana-mana?
Semakin saya merenungkan sebab dari keadaan ini, semakin saya merasa yakin bahawa satu-satunya perbezaan yang tinggal antara kita dengan orang-orang kafir sekarang ini hanyalah perbezaan dalam nama saja, sedangkan kita juga lupa kepada Allah dengan mereka, tidak takut kepada-Nya, dan sama pula pembangkangnya dengan orang-orang kafir.
Tentu saja ada perbezaan sedikit antara kita dan mereka, tetapi perbezaan ini demikian kecil dan tidak bererti apa-apa. Justru perbezaan itu membuat kita semakin patut memperolehi hukuman dari Allah, kerana kita tahu bahawa Al-Qur'an adalah Kitab Allah tetapi kita memperlakukan nya seperti perlakuan yang diberikan orang-orang kafir kepadanya. Kita tahu bahawa Muhammad Sallallahu’ alaihi Wasallam adalah Utusan Allah, tetapi kita, seperti hal nya orang-orang kafir, takut untuk mengikutinya.
Kita tahu bahawa Allah mengutuk para pembohong dan telah menyatakan dengan tegas bahawa tempat tinggal orang-orang yang menyuap dan menerima soap adalah neraka.
Dia telah menyatakan bahawa para pengambil dan para pemberi riba adalah penjahat-penjahat yang paling keji.
Dia telah mengatakan bahawa membicarakan orang lain adalah seperti memakan daging saudara sendiri yang telah mati.
Dia telah memperingatkan bahawa kata-kata dan perbuatan-perbuatan yang kotor, kemesuman dan perbuatan-perbuatan yang cabul akan dihukum dengan hukuman yang pedih.
Tetapi walaupun kita mengerti itu semua, namun kita melakukannya dengan bebas seperti orang-orang kafir, seolah-olah kita sama sekali tidak takut kepada Allah.
Inilah sebabnya mengapa kita tidak memperolehi rahmat, kerana kita nampak nya saja adalah orang-orang Muslim, tetapi sebenarnya kelakuan kita sama saja dengan orang-orang kafir.
Kenyataan bahawa orang-orang kafir menguasai dan memerintah kita, dan kehinaan kita di tangan mereka pada setiap peristiwa, adalah bentuk hukuman atas kejahatan kita yang telah tidak menghargai ni'mat kurniaan Islam yang telah dilimpahkan kepada kita.
Saudara-saudara yang tercinta!
Apa yang saya katakan pada hari ini tidaklah ditujukan untuk menyalahkan anda semua.
Kedatangan saya ke sini bukanlah untuk mencela saudara-saudara. Maksud saya hanyalah untuk menyedarkan dan mengajar anda semua untuk memperolehi kembali apa yang telah hilang dari tangan kita.
Keinginan untuk memperolehi kembali harta yang hilang akan timbul, bila seseorang menyedari apa yang telah hilang dari tangannya dan betapa bernilainya harta yang hilang itu. Kerana itulah saya mencuba untuk menyedarkan anda semua.
Bila anda semua mengerti dan sedari bahawa sesungguhnya anda dahulu pernah memiliki suatu harta yang tidak ternilai harganya, yang kemudian hilang dari tangan anda, maka anda pasti akan berfikir untuk memperolehi harta itu kembali.
KEMAHUAN UNTUK MEMPEROLEH PENGETAHUAN
Dalam khutbah saya yang telah lalu saya telah mengatakan kepada anda bahawa untuk menjadi seorang Muslim yang sejati, persyaratan yang pertama-tama bagi seseorang adalah pengetahuan tentang Islam.
Setiap Muslim harus mengetahui apa yang diajarkan oleh Al-Qur'an, sistem kehidupan apa yang diikuti oleh Rasulullah, apa makna Islam, dan hal-hal apa sebenarnya yang membezakan Islam dari kufur. Tidak seorang pun yang boleh menjadi seorang Muslim tanpa mengetahui hal-hal ini.
Tetapi amat disayangkan bahawa anda semua nampaknya tidak berghairah untuk memperolehi pengetahuan tersebut.
Ini menunjukkan bahawa anda semua masih belum menyedari betapa besar kurniaan yang telah terlepas dari tangan anda.
Saudara-Saudara!
Seorang ibu tidak akan memberikan air susunya kepada anaknya sebelum si anak menangis minta menetek. Kalau seorang manusia merasa haus, dia sendiri harus mencari air dan Tuhan pun sudah menyediakan air itu. Bila anda sendiri tidak merasa haus, tidak akan ada gunanya sebuah sumber air yang memancar di hadapan anda.
Jadi anda harus menyedari lebih dahulu betapa besar kerugian anda dengan tidak memahami din. Kitab Suci Allah ada beserta anda, tapi anda tidak tahu apa yang tertulis di dalamnya. Kerugian apa yang lebih besar daripada ini?
Anda bahkan tidak mengetahui makna kalimah syahadah yang dengan membacanya anda menjadi seorang Muslim; tidak pula anda mengetahui tanggungjawab apa yang terpikul di atas pundak anda setelah anda membaca kalimah tersebut.
Adakah kerugian yang lebih besar bagi seorang Muslim selain daripada ini?
Anda tahu betapa besarnya kerugian anda bila padi di sawah anda terbakar; anda tahu sengsaranya orang yang tidak punya pekerjaan; anda dapat merasakan sedih nya kehilangan harta benda. Tetapi anda tidak tahu betapa rugi nya orang yang tidak tahu tentang ajaran Islam.
Kalau anda menyedari kerugian ini, maka anda akan berusaha sendiri untuk menebus kerugian ini.
Dan bila anda sendiri mahu berusaha, maka Insya Allah, Allah akan memberikan jalan bagi anda untuk memperolehi kembali harta anda yang telah hilang itu, dan Allah menyelamatkan anda dari kerugian yang besar ini.
=
http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=21&t=6189&p=118937
Seja o primeiro a comentar
Post a Comment